JANGAN SAMPAI KETINGGALAN MENDAPATKAN BUKU-BUKU KELUARAN YAMANI ANGLE

Tetamu istimewa yang hadir iaitu TUAN HAJI MUHAMMAD ZAKARIA (PERUNDING MOTIVASI TERKENAL)

WADAH CINTA SOLEHAH oleh UMMU SOLEHAH HAJI MUHAMMAD


WADAH CINTA SOLEHAH merupakan suntingan PN RUSNAH ABU SAMAH, iaitu sebuah buku motivasi untuk remaja yang diadaptasi daripada idea dan penulisan blog UMMU SOLEHAH HAJI MUHAMMAD yang menggunakan nama yang sama. UMMU SOLEHAH merupakan pelajar tahun akhir FAKULTI USULUDDIN UNIVERSITI ISLAM NEGERI (UIN) SYARIF HIDAYATULLAH, JAKARTA.

RAMADAN TIBA LAGI oleh PN RUSNAH ABU SAMAH


RAMADAN TIBA LAGI mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan telah diulang cetak sebanyak tiga kali dalam masa tiga minggu. Isi kandungan buku yang dicetak dengan warna penuh ini merangkumi pelbagai aspek ilmu berkaitan bulan Ramadan dan ibadah puasa termasuk resipi untuk sajian berbuka puasa, istimewanya resipi tersebut kerana ditulis sendiri oleh penulisnya. Selain itu dipaparkan juga masjid-masjid yang indah di Nusantara.

TERAPI AYAT SUCI oleh USTAZ YUSRI ABD KARIM


Sinopsis buku ini disampaikan oleh USTAZ YUSRI ABD KARIM. Beliau merupakan penterjemah buku ini serta terbitan bersama DARUL QURAN NURUL HASANAH, KUALA SELANGOR di mana beliau merupakan pengetuanya. Sebahagian daripada hasil penjualan buku ini akan disumbangkan kepada MAAHAD TAHFIZ DARUL QURAN NURUL HASANAH.

Pengarah Penerbitan Yamani Angle Sdn Bhd iaitu Encik Khairul Nizam


Encik Khairul Nizam selaku PENGARAH PENERBITAN yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran majlis ini.

Kumpulan Nasyid RAIHAN telah memeriahkan majlis


Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran kumpulan nasyid popular yang tidak asing lagi iaitu RAIHAN. Mereka turut serta melancarkan buku serta menghiburkan para tetamu sepanjang majlis berbuka puasa dengan alunan nasyid yang begitu merdu.

MAJLIS BERBUKA PUASA@PELANCARAN BUKU


Pada 23/08/2010, 3 buah buku telah dilancarkan oleh YAMANI ANGLE SDN BHD iaitu TERAPI AYAT SUCI, RAMADAN TIBA LAGI dan WADAH CINTA SOLEHAH. Majlis diadakan di HOTEL SINGGAHSANA, PETALING JAYA.

PENERBIT EKSEKUTIF EN FAHIZUL HAJI DAZLAN

ANTARA STAF2 YAMANI ANGLE SDN BHD