JANGAN SAMPAI KETINGGALAN MENDAPATKAN BUKU-BUKU KELUARAN YAMANI ANGLE
Terbaru Buku yang kian laris, buku-buku
jenis genro sejarah yang mendapat tempat dihati pengembar buku-buku sejarah
hasil tulisan n Shafie Bin Abdul Rahman antara nya

Raja Haji, Omar Muktar, Shamsiah Fakeh Khairuddin Barbosa.

Untuk keterangan boleh layari yamaniangle.com.my

PERSPEKTIF KREATIF 02

GUBAHAN LAKARAN yang dihasilkan dalam buku PERSPEKTIF KREATIF 02 menyediakan banyak peluang kepada pelukis memahami lebih mendalam penggunaan tatacara PERSPEKTIF DUA TITIK secara KREATIF. Buku ini mengetengahkan teknik penggunaan kotak imaginasi dalam setiap gubahan lakaran yang dihasilkan. Buku ini juga menyediakan platform unik kepada pelukis untuk melakar gubahan yang lebih menarik dan pelbagai menggunakan tatacara perspektif yang sama. Terdapat pelbagai jenis lakaran ruang yang boleh dipelajari di dalam buku ini seperti ruang dalaman, ruang luaran, ruang landskap dan ruang bandar.

PERSPEKTIF KREATIF 01

GUBAHAN LAKARAN yang dihasilkan dalam buku PERSPEKTIF KREATIF 01 menyediakan banyak peluang kepada pelukis memahami lebih mendalam penggunaan tatacara PERSPEKTIF SATU TITIK secara KREATIF. Buku ini mengetengahkan teknik penggunaan kotak imaginasi dalam setiap gubahan lakaran yang dihasilkan. Buku ini juga menyediakan platform unik kepada pelukis untuk melakar gubahan yang lebih menarik dan pelbagai menggunakan tatacara perspektif yang sama. Terdapat pelbagai jenis lakaran ruang yang boleh dipelajari di dalam buku ini seperti ruang dalaman, ruang luaran, ruang landskap dan ruang Bandar.

WANITA YANG DICERITAKAN DALAM AL-QURAN


HARGA: RM 20.00

Memaparkan kisah kaum wanita pilihan yang keyakinan, sikap, dan tindak tanduk mereka menjadi tarikan dan perhatian pada zamannya. Sejak terciptanya kaum wanita pertama iaitu Hawa, muncul satu persatu dalam kalangan mereka watak-watak yang menterjemahkan identity seorang wanita. Allah SWT rakam kisah mereka dalam Al-Quran untuk tatapan umat kerana sarat dengan teladan dan iktibar.

Antara mereka ialah isteri para nabi dan rasul yang taat dan tabah di sisi suami menghadapi segala ujian dan dugaan. Keimanan dan ketakwaan mereka terserlah walau terpaksa menempuh derita dan sengsara kerana menjadi topang kepada perjuangan suami. Menyusul jejak langkah mereka, wanita-wanita pilihan yang beriman kepada Allah SWT dan berpegang teguh dengan keyakinan tersebut walaupun ada yang terpaksa berhadapan dengan ancaman bunuh. Seterusnya para sahabiyah, wanita Mukminah pada zaman Rasulullah SAW yang ada antara mereka menjadi sebab turunnya beberapa peraturan syariat. Mereka layak dinobatkan sebagai idola atau ikutan bagi generasi yang ingin menggapai rahmat dan kemuliaan di sisi Allah.

Turut dipaparkan isteri-isteri nabi yang menjadi ‘duri dalam daging’. Bukan sekadar tidak beriman malah menjadi pengkhianat perjuangan suami. Tidak ketinggalan wanita yang menjadi penentang tegar Rasulullah SAW. Mereka menjadi wanita yang dilaknat dan menerima azab di dunia ini lagi sebelum azab yang kekal di akhirat nanti. Hayatilah kisah-kisah ini dan jadikanlah ia sebagai panduan, baik bagi kaum lelaki yang diamanahkan memimpin kaum wanita, lebih-lebih lagi kaum wanita sendiri supaya lebih memahami tentang diri mereka sendiri.



BUKU TERBARU!!!

JOM MELUKIS! Ini satu seruan atau ajakan untuk semua orang melukis. Kenapakah semua orang perlu melukis? Kenapakah anak anda perlu pandai melukis? Jawapannya melukis merupakan satu keperluan kepada semua orang kerana ia asas kepada komunikasi visual. Dengan lakaran yang mudah sahaja kadang-kadang lebih cepat difahami daripada penerangan yang mungkin mengandungi puluhan patah perkataan untuk menerangkan benda yang sama.

Oleh yang demikian baik bapa, ibu, anak, orang dewasa, kanak-kanak amat perlu kemahiran melukis supaya dapat berkomunikasi secara visual antara satu sama lain dengan lebih berkesan. Kemahiran ini hanya akan diperoleh melalui latihan yang sistematik. Anak-anak perlu didedahkan pada usia awal supaya kemahirannya dapat digilap dengan lebih baik. Anda boleh membantu anak anda untuk mendapatkan kemahiran ini dengan cara anda terlebih dahulu perlu mahir. Buku ini insya-Allah dapat membantu anda.

BUKU TERBARU!!

Benarkah tiada tasawuf pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat? Tidak layaklah para sahabat, tabiin dan salafussoleh itu digolongkan sebagai ahli-ahli sufi yang hebat? Benarkah ahli sufi sejati yang menghayati kehidupan berlandaskan tasawuf merupakan ahli bidaah; yang setiap bidaah itu sessat dan masuk neraka?

Mengapa pula sesetengah ahli sufi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunah Waljamaah? Mengapa ada sesetengah ahli sufi yang tidak berpegang dengan hukum syariat lantaran telah mencapai maqam yang tinggi dalam kehidupan sufinya? Benarkah mereka ini ahli sufi sejati atau hanya ahli sufi palsu? Dan persoalan yang tidak kurang pentingnya adakah mereka sudah memenuhi prasyarat-prasyarat tertentu sebelum melangkah ke alam sufi?

Indahnya Tasawuf dan Hidup Sufi menjawab semua persoalan ini dengan gerapan yang cukup menarik. Berdasarkan fakta al-Quran, hadis dan sirah, segala kekeruhan yang menyelubungi alam tasawuf dan sufi ini dapat dijernihkan. Segala kesamaran dapat dijelaskan. Segala kekhilafan dapat dibetulkan sehingga menjazamkan satu keyakinan yang jitu bahawa kehidupan sufi yang berlandaskan tasawuf sungguh indah dan hebat

Akan terbit!!


Siri 1:

Buku ini berkaitan penggunaan tatacara perspektif yang mudah untuk menghasilkan pelbagai jenis gubahan lakaran menggunakan teknik perspektif satu titik dan kotak imaginasi.



Siri 2:

Buku ini berkaitan penggunaan tatacara perspektif yang mudah untuk menghasilkan pelbagai jenis gubahan lakaran menggunakan teknik perspektif dua titik dan kotak imaginasi.



Siri 3:

Buku ini berkaitan penggunaan tatacara perspektif yang mudah untuk menghasilkan pelbagai jenis gubahan lakaran menggunakan teknik perspektif multi titik dan kotak imaginasi.

Buku Baru!!


Saiz: 9 in x 7 in
Harga: RM79.00
Laman 101 menampilkan 101 lakaran reka bentuk alternatif yang boleh digunakan oleh pemilik rumah kediaman untuk menceriakan suasana laman yang ada. Unik dan menarik dengan menggunakan satah-satah sebagai elemen utama. Disokong dengan cadangan 303 pokok hiasan lanskap supaya menjadi lebih praktikal dan bersesuaian dengan keperluan pengguna dan konteks. Lengkap dengan tip penjagaan pokok.

Majlis berbuka puasa












Majlis Berbuka Puasa Staff Yamani Angle bertempat di Khan Baba











Banyak betul makanan dan sedap2~




















Selesai makan..Bak kata pepatah kenyang perut senang hati~:)

Mudahnya Mendapat Rezeki


  • TAJUK: Mudahnya Mendapat Rezeki
  • NAMA PENULIS: Mukhlas Asy-Syarkani
  • HARGA: Rm20.00
  • JENIS: Buku Agama
Kebanyakan orang menganggap rezeki itu hanya dalam bentuk harta benda. Rezeki biasanya difahami dalam bentuk wang ringgit, makan minum, pakaian, barang-barang keperluan harian dan sebagainya. Perniagaan yang selalu untung dikatakan rezeki. Mendapat bonus pada hujung tahun dikatakan rezeki. Pokok-pokok di kebun berbuah lebat sehingga dapat dijual dikatakan rezeki. Ini sebenarnya rezeki lahiriah.
Jarang ada orang yang merasa dalam keadaan terbeban oleh hutang, pelupusan hutangnya sebagai satu rezeki. Lebih jarang orang menganggap penangguhan bayaran hutang itu juga sebagai rezeki. Begitu juga ramai yang beranggapan badan yang sihat - tidak perlu keluar kos perubatan - bukan rezeki. Malah banyak lagi kelebihan dan kenikmatan yang Allah SWT kurnikan tidak disedari sebagai rezeki yang berganda-ganda jika dibandingkan dengan orang lain. Inilah yang dikatakan rezeki batiniah.
Mudahnya Mendapat Rezeki memberikan tip dan kaedah “menjemput” rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah sejak ditiupkan roh ke jasad kita. Tidak kiralah apakah ia rezeki lahiriah atau rezeki batiniah, yang penting kita mendapat rezeki yang barokah. Rezeki yang barokah inilah yang akan mencetuskan ketenangan jiwa dan kebahagiaan dalam kehidupan di dunia dan berkekalan hingga ke akhirat.